hepi monthly besday to u…

hepi monthly besday to u…

hepi monthly besday to kaisah…

hepi monthly besday to u…

Ibu n ayah love u so much darling…

Comments No Comments »

Kami menyediakan lebih dari 500 rekaan kad undangan perkahwinan yg meliputi pelbagai jenis dan gaya. Kad undangan yang kami sediakan untuk tatapan anda termasuklah yang didatangkan khas dari negara timur tengah seperti Syria, India, Indonesia juga Thailand. Perkahwinan merupakan peristiwa yang paling istimewa di dalam kehidupan setiap insan. Jadikan perkahwinan anda lebih sempurna dan menarik dengan mendapatkan kad undangan perkahwinan ekslusif pada harga yang sangat berpatutan.

Kami juga sentiasa bersedia menerima tempahan kad undangan perkahwinan mengikut citarasa anda yang menginginkan kelainan dan sentuhan kreatif.

CIRI-CIRI KAD UNDANGAN PERKAHWINAN

- Hot-stamping 1 Warna (Gold/Silver) depan kad

- Satu lapisan kertas dalam (inlay) berwarna [boleh pilih warna]

- Printing hitam pada kertas inlay

- Artwork + Peta utk satu pihak

PERCUMA hanya dari kami

- Artwork + Peta utk satu pihak lagi (bagi undangan 2 pihak)

- Envelop putih

- Print undangan pada envelop dengan ink hitam (pelbagai rekabentuk)

ANTARA KAD PERKAHWINAN YANG DITAWARKAN

- Kad kahwin ekonomi

- Kad kahwin ekonomi rekabentuk istimewa

- Kad kahwin wangi buatan tempatan

- Kad kahwin eksklusif buatan tempatan

- Kad kahwin eksklusif import

Selain itu, seandainya anda mempunyai idea sendiri dan ingin merealisasikan buah fikiran anda di dalam bentuk kad yang lebih menarik, kami mengalu-alukan ilham anda itu.

Comments 3 Comments »

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan …”Allahu Akbar” sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah…naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak “hantu-hantu pengacau” yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa “cap jempol” atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar.

Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Yang baik sudah tentulah dijadikan teladan… yang buruk biarkan ia menjadi sempadan… Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???

=> Aku masih di sini…….. terus menongkah arus dan badai kehidupan dalam mencari erti kejayaan hakiki…

Comments No Comments »

melalui jalan sepanjang lebuh raya..
ketika ia sarat dengan lalu lintas..
sempat aku merenung ke dalam diri…

sebalik jalanan hidup yang aku lalui..
terkadang lurus sesekali terlencong..
ada masa berteman sesekali bersendiri..

ke mana arah..ke mana langkah..
saat pincang, ape yang perlu kuperbuat..
detik kekalahan menghadapi dugaan..
aku sering menyalahkan keadaan..

perjalananan usia berpuluh tahun..
sememangnya telah mengajar aku..
akan segenap aspek kehidupan..
siapa sahabat..
siapa kekasih..
siapa teman..
siapa jua seteru..
penat..letih..jenuh..
tiap gerak yang diatur..
aku harus sentiasa waspada..
di depan bukan bererti teman setia..
di belakang tidak mesti musuh belaka..
di sebelah…itu yang aku cari..
agar aku dapat terus menghayun langkah..
biar satu..
biar padu..
biar utuh..
walau jasad terasing..

=> originated from a friend

Comments No Comments »

hari jumaat lepas, kaisah ikut ibu pegi opis sebab ummi kaisah dah nak balik kampung for raya celebration… ha, ni nak tolong ibu buat keje ke kacau ibu buat keje… manja ibu ni good girl… sampai opis kul 8.40 am… Kaisah dah tertido kat bahu aku… masuk je opis, ayah kaisah dah selesai letakkan barang-barang kaisah… aku pun prepare la nak buat keje… tak sampai setengah jam, tetiba je kaisah dah celik mata sambil tersenyum simpul… ewah ewah dia… kejapnye tido… sabo je la… member opis sampai je… diorang pun main-main la dengan kaisah… riuh mulut kaisah mengomel…

she has just turned 4 months a few days back (to be precise 8 days ago) yet her acts dah macam baby yang six to seven months…

well, today… 29/09/2008 pun bawa Kaisah kat opis gak… keje berlambak but all our major contacts dah start holiday… jadi xde la buat keje sangat tapi digantikan dengan sessi menganyam ketupat… ehehehe….

Comments No Comments »

iskkk iskkk iskkk… kesian manja ibu… patutnya ari Isnin nak bawa Kaisah pegi injection… tetiba on Saturday night suddenly je aku rasa badan Kaisah cam ‘de-do’ je… rasa kat bawah ketiak macam ade berbaur panas… ape lagik, terus la aku letakkan cool fever kat dahi Kaisah… after few hours… aku rasa cam kepanasan dah semakin ketara… terus bagik Kaisah ubat demam… malam tu meragam je dia… sian…

Ahad… 21/09/2008… hepi besday to u… hepi besday to u… hepi monthly besday to Kaisah.. hepi besday to u… ;) ari ni Kaisah dah genap 4 bulan… wow… manja ibu dah besar ni… skarang Kaisah dah start nak mengengsot… dalam 3 bulan ari tu Kaisah dah meniarap… now dok training mengengsot la pulak… tapi yg kelakar tu… dok pasang gear reverse aje la pulak… kih kih kih…

Isnin… 22/09/2008… dah kebah demam Kaisah but I’m still woried coz selesema cam maintain je… cam susah je Kaisah nak bernafas… tapi Alhamdulillah, membawa ke petang Kaisah seems cam dah getting better… but then, still tak dapek injek ari ni… misi tu cakap tak bole coz demam… alamatnye, lepas raya laa kalu bole injek pon…

Aku notice one thing, dah dua kali Kaisah demam since lahir… first masa kena injection umur 2 bulan and secondly yang baru-baru ni… each time kalu demam memang Kaisah manja la sengsangat manjanya ngan aku… ngan ayah dia pun kureng… nak berkepit je… and nak tido kat atas pangku aku je… such a cute situation…

Comments No Comments »

Di dalam sesuatu majlis, tidak kiralah samada majlis perkahwinan, pertunangan mahupun majlis perasmian syarikat, jamuan, rumah terbuka dan sebagainya, kanopi memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya. Kanopi amat diperlukan untuk membolehkan para tetamu berlindung dari pancaran cahaya matahari dan berteduh dari hujan yang mencurah sambil menikmati hidangan yang disediakan.

JENIS-JENIS KANOPI YANG SERING DIGUNAKAN
- White Arabian
- White Pyramid
- A Shape

Kebiasaannya, jenis kanopi yang sering digunakan ialah white pyramid. Kanopi jenis white pyramid digunakan kerana ia mudah dihias dan sesuai digandingkan dengan pelbagai kombinasi warna. Apabila dihias, kanopi white pyramid akan menambahkan lagi seri sesuatu majlis.

SAIZ-SAIZ KANOPI:
- 10 kaki x 10 kaki
- 17 kaki x 17 kaki
- 20 kaki x 10 kaki
- 20 kaki x 12 kaki
- 20 kaki x 17 kaki
- 20 kaki x 20 kaki

AKSESORI KANOPI
Tidak lengkap sesuatu majlis tanpa kanopi yang dihias indah mata memandang. Untuk itu, pelbagai aksesori diperlukan untuk menyerikan sesuatu set kanopi. Antaranya ialah:
- Meja : Meja bulat, meja empat segi tepat, meja buffet
- Kerusi : Kerusi plastik, kerusi banquet, sofa
- Kipas : Kipas syiling, kipas bulat, kipas berdiri, kipas industri
- Pelbagai kain untuk : Scallop, skirting, kain alas meja
- Lampu : Lampu kalimantang, mentol berwarna, spotlight, chandeliar
- Bunga : Bunga meja, bunga pintu gerbang, bunga di dalam pasu
- Permaidani

Sesapa kalau memerlukan khidmat katering untuk apa-apa jenis majlis pun boleh tinggalkan comment, e-mail: mazhar_alti@yahoo.com atau call / sms 019-2097040 / 019-3458869

 

Comments No Comments »

di di di di….. itulah lagu kegemaran time nak berborak or timang kaisah… kengkadang tu, aku tergelak sengsorang kat opis bila teringat kat lagu yg selalu aku ‘dendangkan’ tu…

kalu nak tido lak islamic maa… laa ilaa haillallah… so on and so forth… dah la tu… kalau aku letakkan kaisah kat dalam buai…iskk iskk iskk… kena enjut kuat giloss… kalau tak, takde tidonya manja ibu ni… not to say but sometimes memang menguji kesabaran betul kalau dah enjut lama bukan main tapi kaisah lak bulat lagi matanye memandang ke arah aku…. kita dah penat ni nak buat keje lain lagi… iskk iskk iskk… yg lagi best tu… bila aku pandang kat kaisah… terus dia senyum… sabo je la… cair terus…

skarang ni, kaisah dah pandai mintak dukung… balik keje je, kalu aku tak stop by kat playpen dia… mula la kaisah pandang dengan muka seposen dia…. kui kui kui… sian nengoknye… bila dah angkat je… bising mulut kaisah bercerita itu dan ini… seronok melayan kaisah… selagi kita tak respon pada evertyhing yg diceritakan tu… selagi tu la mulut kaisah tak berhenti-henti mengomel… ;)

kaisah… you are ayah n ibu’s precious tiny-tot always n forever.

Comments No Comments »

“The name of “cupcake” is given as it is a small cake the size of a teacup. In previous centuries, before muffin tins were widely available, the cakes were often baked in individual pottery cups, ramekins, or molds. The name “fairy cake” is a fanciful description of its size, which would be appropriate for a party of diminutive fairies to share.

 

Cupcakes are often served during a celebration, such as children’s birthday parties. Additionally, they can be served as an accompaniment to afternoon tea. They are a more convenient alternative to a large cake as they don’t require utensils or division into individual portions.” => originated from wikipedia

 

Well, itu adalah definition untuk cupcake yang aku cedok dari wikipedia… btw, nak kata baru tak baru, lama tak lama la regarding participation aku dalam business ni… or can i say small office home office… ala-ala suam-suam kuku la gitu….. tapi the passion on seeing beautiful tiny creations menyebabkan aku seronok sangat each time producing these items…

 

sesape kalu nak order untuk:

·  Majlis Perkahwinan

·  Sambutan Hari Jadi

·  Sambutan Ulangtahun

·  Majlis Cukur Jambul

·  Majlis Doa Selamat / Tahlil

·  Majlis Memasuki Rumah

·  Makan Malam Korporat

·  Makan Tengah Hari Eksekutif

·  Mesyuarat Lembaga Pengarah

·  Seminar

·  Makanan Ala Kampung

·  BBQ

·  Konsep Gerai

·  Berkhatan

 

atau apa-apa jenis majlis pun boleh tinggalkan comment, e-mail: mazhar_alti@yahoo.com atau call / sms 019-2097040 / 019-3458869

Comments No Comments »